Get FREE Consultation – Audio Solution for Mosque
Laman ini adalah untuk membantu memberi pencerahan dan berkongsi, memperkenalkan sistem audio Yamaha yang sesuai bagi memenuhi keperluan surau, masjid, dan ruang ibadah. Dengan teknologi sistem audio yang jelas dan berkualiti, setiap suara — azan, khutbah, bacaan Al-Quran dan aktiviti dakwah — disampaikan dengan terang dan jelas. Audio yang baik mampu menghidupkan suasana ibadah dan menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan. Suara jelas, ibadah lebih khusyuk — bersama Yamaha.
SUARA YANG MENYENTUH JIWA,
IBADAH YANG LEBIH BERMAKNA
Teknologi audio Yamaha direka untuk menyampaikan suara dengan kejelasan tinggi, menjadikan setiap azan, khutbah dan bacaan Al-Quran lebih meresap ke dalam jiwa. Dengan sistem yang telus dan responsif, suasana ibadah menjadi lebih tenang, khusyuk dan bermakna.
TEKNOLOGI AUDIO MENYELURUH UNTUK RUANG IBADAH YANG BERBEZA
Yamaha menawarkan solusi audio yang sesuai untuk pelbagai jenis ruang — dari surau kecil hingga masjid besar. Dengan keupayaan mengawal bunyi secara pintar dan reka bentuk yang fleksibel, sistem ini memastikan setiap alunan suara disampaikan dengan jelas, tanpa gangguan.
RUANG IBADAH & SISTEM
SURAU
Untuk surau bersaiz kecil dan sederhana, keutamaan diberikan untuk solat berjemaah dan tazkirah. Tanpa perlu kepakaran teknikal mendalam, MG Series Analog Mixer dikenali dengan audio mixer mesra pengguna lantas memudahkan kegunaan harian. Selain daripada itu, VXL Series Slim Line Array speaker direka dengan driver yang disusun secara menegak untuk lontaran bunyi yang tepat ke arah jemaah tanpa gangguan gema atau pantulan bunyi yang tidak perlu. Tambahan padanan PX Series Power Amplifier yang tersedia speaker preset menjadikan sistem lebih berkualiti dan jitu.
MASJID
Keperluan sistem audio di masjid kini semakin berkembang seiring dengan saiz bangunan dan
pelbagai aktiviti keagamaan yang dijalankan. Ia bukan sekadar digunakan untuk solat dan
tazkirah, malah turut menyokong pelbagai program
keagamaan dan komuniti.
TF Series Digital Mixer Rack menjadi komponen
utama untuk
sistem masjid moden, dengan kawalan zon fleksibel serta operasi mudah melalui tablet
yang menjadikan pengurusan audio lebih efisien
dan tersusun. VXL Series Slim Line Array Speaker pula memastikan bunyi
sekata dan jelas
walaupun di ruang panjang atau bergema, manakala PX Series Power Amplifier
menawarkan
ketahanan tinggi serta speaker preset terbina
untuk memastikan prestasi sistem sentiasa optimum dan stabil.
MASJID DENGAN SISTEM DIGITAL
Cabaran utama masjid bersaiz besar ialah ruang yang lebih besar dan banyak serta operasi intensif yang memerlukan “person in charge” sentiasa ada. Oleh itu, sistem audio digital ialah pilihan terbaik untuk mengatasinya. Memandangkan penggunaan yang intensif dan keperluan meliputi ruang yang luas, MTX Series Digital Signal Processor berfungsi sebagai nadi utama sistem ini. DSP terbina memastikan kualiti audio konsisten, manakala reka bentuk sistem boleh disesuaikan bagi memudahkan operasi walaupun tanpa kehadiran “person in charge”. VXL Series Slim Line Array Speaker digunakan untuk ruang solat utama, manakala VXS Series Surface Mount Speaker dipadankan bagi ruang lain di dalam masjid bagi memastikan penyebaran bunyi yang jelas dan sekata.
Register Your Interest
Isi maklumat anda di bawah dan rebut peluang untuk mendapatkan konsultasi percuma.
Sesi ini terhad, jadi daftar sekarang — wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!