Students

Aizam

SK Sg Penchala, Kuala Lumpur

Saya berasa sangat seronok kerana dapat belajar kelas keyboard ini bersama dengan kawan-kawan di sekolah dan juga dapat mempelajari lagu-lagu Music Time yang tiada dalam sukatan pelajaran di sekolah.

Raeveenjit Kaur A/P Manjit Singh

SK Taman Seri Gombak 2, Selangor

Saya sangat suka dengan Program Music Time Keyboard ini kerana saya dapat mempelajari pelbagai jenis lagu dan notasi yang senang dan sukar. Saya berharap agar semua sekolah dapat melaksanakan program ini.

Nur Arisyah Azzahra binti Aminuddin

SK Temin, Jerantut Pahang

Saya merasa sangat bersyukur diberi ruang dan peluang mnyertai program ini. Dalam tempoh itu saya dapat belajar bermain kibod dengan penjarian yang betul, belajar notasi muzik dan lain- lain lagi. Kenangan manis saya dan kawan- kawan ialah semasa kami menyertai pertandingan peringkat negeri dan mendapat pingat perak

Auni Huda binti Jazmin

SK Temin, Jerantut Pahang

Terima kasih saya ucapkan kepada guru muzik saya teacher Afizah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai program music time keyboard di sekolah. Dengan adanya program seperti ini telah mendorong saya untuk lebih meminati bidang muzik dan lagu. Selain itu saya juga dapat mempelajari dan menambah pengetahuan berkaitan dgn keyboard.

Nur Badriah Zahra Binti Azizan

SK Taman Impian Emas, Johor

Saya sangat suka menyertai program music time keyboard kerana dapat belajar bermain keyboard dengan gembira sambil membuat gerakan bersama kawan- kawan.selain itu ,ia memudahkan saya mengenal not muzik.

Azreef Shafiy bin Azlee Shahrin

SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru

Saya amat berbangga dapat menyertai kelas keyboard Yamaha Music. Selain guru pembimbing yang berpengalaman suasana bilik darjah juga sangat kondusif untuk kami mengikuti pembelajaran setiap minggu. Pengalaman ini mungkin tidak dapat kami perolehi di sekolah kerana banyak ilmu berkaitan notasi diberikan dengan lebih terperinci dan mudah difahami.

Muhammad Aliff B Noorazman

SK Kampung Jambu, Perak

Saya telah mempelajari music time ini semasa saya di tahun 2. Sebelum covid saya dapat mengikuti kelas ini dengan seronoknya apabila saya mula belajar teknik asas keybord. Ia membuatkan saya lebih yakin dan menarik minat saya lebih dalam bidang muzik. Saya juga dilatih untuk sentiasa menjaga dan berhati-hati semasa mengendalikannya.

Siti Noraisyah binti Noorazman

SK Kampung Jambu, Perak

Saya telah mempelajari keybord music time ini semasa di tahun 1 dan sehingga tamat persekolahan saya di SK Kampung Jambu.Saya amat gembira kerana dapat menyertai perbagai pertandingan dan mendapat begitu banyak pengalaman semasa meyertai pertandingan keybord music time.Saya juga menjadi disiplin dan peka dengan masa apabila menyertai pertandingan ini.Saya amat berterima kasih atas guru-guru yang telah mengajar saya dan melatih saya untuk bermain keybord sehingga berjaya.

Nurul Afiyah Sari Dewi Binti Aminuddin

Sk Medini, Johor

Pada pandangan saya, program Music Time Yamaha Keyboard menyeronokkan dan memberi pelbagai manfaat kepada sesiapa yang menyertainya. Ini kerana, mereka dapat mempelajari not muzik, mempelajari pelbagai lagu yang dimainkan dengan menggunakan kibod dan mendapat pengalaman yang berguna bila menyertai pertandingan seperti ini. Murid juga dapat merasai suasana yang meriah ketika memainkan lagu bersama kibod sambil menyanyi dan menari. Music is Fun.

Nur Qistina Bt Akhisal

SK Darulaman Heights, Kedah

Saya telah diberi peluang dan pendedahan oleh guru muzik saya Cikgu Faizah bt Romli untuk mula melibatkan diri dengan kibod pasukan sekolah semasa saya berada di tahun 3. Walaupun bermain alat muzik bukan menjadi minat saya tetapi hasil bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau dan galakan yang diberikan oleh ibubapa saya mula mencambahkan minat saya. Saya mula menjadi pelapis dan mengikut bersama abang saya untuk mewakili sekolah bagi Pertandingan “Keyboard Music Time” Peringkat Negeri Kedah pada 8 November tahun 2018 di SK Sungai Korok Lama. Alunan melodi dan irama yang gemersik dari kibod Yamaha menyebabkan saya ingin terus berlatih dan menyertai Pertandingan Music Time (KIBOD) Peringkat Negeri Kedah pada 3 November tahun 2019 di SK Mergong, Alor Star, Kedah dan telah berjaya mendapat Anugerah Gangsa.

Amni Izzati Binti Ahmad Shakri

SK Felda Mempaga 2, Bentong Pahang

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Huzaire bin Ahmad kerana telah melatih saya bermain keyboard daripada pengetahuan saya 'zero' sehinggalah sekarang saya boleh bermain keyboard dengan baik. Saya begitu seronok dapat belajar dan menimba pengalaman yang begitu bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kepada pihak Yamaha kerana memberi peluang kepada murid-murid kampung seperti saya untuk menyertai Pertandingan Keyboard Music Time Yamaha Peringkat Negeri Pahang. Saya rasa begitu teruja dan gembira kerana berjaya mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan tersebut hasil didikan dan bimbingan guru saya iaitu Cikgu Huzaire. Harapan saya agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.