Parents

Pn. Suzana Bt Zakaria

SK Pandan Perdana , Selangor

Anak saya lebih fokus dan tahap keyakinan diri dia semakin meningkat. Program ini juga sangat bermanfaat dan masa anak saya lebih terisi dengan belajar alat muzik seperti kibod.

Pn. Datin Aminah

SK Damansara Jaya 1, Selangor

Untuk pertandingan tahun ini, saya amat prihatin terhadap permainan kibod. Bukan dari segi kostum dan lain-lain. Ibu bapa dan guru pula telah bekerjasama untuk pertandingan ini dan memberi latihan insentif untuk pelajar. Pelajar juga sangat komited dalam latihan dan bersemangat dalam kelas muzik ini.

Pn. Zauyah bt Zainol

SK Sri Damai, Selangor

Saya berasa syukur kerana guru sekolah dan Yamaha Music memberi peluang kepada anak saya untuk menyertai program Music Time. Anak saya sangat berminat untuk mempelajari kibod sejak berumur 7 tahun lagi dan dia sangat komited dengan kelas kibod dan pembelajaran muzik. Saya berharap anak saya dapat memperluaskan pengalamannya dengan alat muzik yang lain pula.

Pn. Kogilahvaani A/P Arumugam

SK Pulau Tikus, Penang

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Yamaha kerana membuat satu program yang bagus dan bermanfaat pada sekolah dan pelajar. Sebagai ibu, saya rasa program ini telah membuka peluang kepada semua pelajar tidak kira latar belakang pelajar untuk mempelajari kibod. Anak saya selalu bersemangat untuk belajar kerana mempunyai guru seperti Pn. Chee yang berdedikasi mengajar murid-murid sehingga memasuki pertandingan. Saya harap Yamaha akan meneruskan program ini kerana sangat menarik dan dapat meningkatkan keyakinan pelajar.

En. Jazimin bin Awang

SK Temin, Jerantut Pahang

Saya sentiasa menyokong dan memberi galakan kpd anak-anak sy terhadap apa jua bidang yg mereka minati. Dalam Program Music Time Keyboard ini, terima kasih diucapkan kpd guru muzik SK Temin Pn Afizah kerana dengan tunjuk ajar beliau dapat mendorong anak saya untuk lebih meminati bidang muzik di samping dpt belajar bermain peralatan muzik seperti keyboard

Pn. Nabihah bt Hairuddin

SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Yamaha Music kerana menyediakan satu platform untuk anak-anak belajar mengenal muzik asas seperti kibod. Tempat yang kondusif juga menjadikan anak-anak seronok untuk datang belajar. Modul yang disediakan juga sangat membantu murid untuk mengenal setiap kod yang di ajar. Saya berharap program ini dapat diteruskan, memandangkan sejak pandemik covid ini anak-anak terpaksa menangguhkan sementara pembelajaran. Terus maju Yamaha Music Time Keyboard!

Pn. Salhah bt Jaafar

SK Taman Bukit Mewah, Johor

Saya sangat menyokong program Yamaha Music Time yang diperkenalkan di sekolah anak saya. Banyak kelebihan dan peluang keemasan yang telah dinikmati oleh murid sekolah rendah terutamanya anak-anak saya yang memang meminati muzik dengan menyertai program ini. Murid- murid diberi peluang untuk memperlihatkan kebolehan dan bakat terpendam masing-masing. Saya harap program ini dapat diteruskan dan dijadikan acara wajib setiap tahun.

Pn. Adznizah Ahmad

SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor

Saya berpendapat program Music Time Keyboard sangat menarik dan bagus kerana memberi peluang kepada semua murid untuk mempelajari kibod tanpa mengira latar belakang pelajar selain dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar. Berkat bantuan guru yang sangat berdedikasi seperti Cikgu Maria, anak saya yang dahulu seorang yang pendiam, kini lebih berkeyakinan sehingga memasuki pertandingan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada Yamaha di atas usaha mengadakan program Music Time Keyboard. Saya berharap program ini dapat diteruskan kerana ia sangat bermanfaat kepada murid  dan juga sekolah.

En Noorazman B Ab Hamid dan Pn Hanita Bt Shahrom

SK Kampung Jambu, Perak

Kami sebagai ibu bapa kepada Muhammad Aliff dan Siti Noraisyah amat beryukur dan gembira kerana dengan adanya program yang dianjurkan oleh Yamaha iaitu Program Music Time Keybord ini dapat mendidik anak-anak kami menjadi insan yang berkeyakinan serta bertanggungjawab untuk mengikuti program ini dengan penuh disiplin. Mereka juga ceria dan memahami erti perjuangan sebenar dalam kehidupan.

Pn. Norlia Binti Mohd Sokarnor

SK Felda Mempaga 2, Bentong Pahang

Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana anak saya diberi peluang untuk menyertai Pertandingan Keyboard Music Time Yamaha Peringkat Negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada pihak Yamaha di atas penganjuran program yang baik dan sangat bermanfaat kepada murid-murid. Program seperti ini melatih murid-murid lebih berkeyakinan dan berdisiplin dalam menjalani kehidupan sehariannya. Anak saya sangat bertuah kerana mempunyai guru seperti Cikgu Huzaire bin Ahmad yang begitu komited dan dedikasi mengajar murid-murid sehingga berjaya dalam pertandingan ini dengan mendapat Anugerah Emas. Saya amat berharap pihak Yamaha akan meneruskan program ini bagi meluaskan kebolehan murid dalam pelbagai bidang mengikut kecenderungan mereka.