Teachers

En.Zakaria

SK La Salle, Selangor

Secara menyeluruh, program ini memberi inspirasi kepada murid terutama yang berminat dalam bidang muzik khususnya. Ia dapat memberi peluang kepada murid-murid mendalami pembelajaran kibod dan menarik minat lebih ramai murid untuk menyertai program ini. Suasana pembelajaran yang lebih menarik dan ceria untuk pelajar. Disamping itu, pelajar berpeluang untuk menyerlahkan bakat dalam bidang ko-akademik.

Pn. Norlaily bt Md. Yusoff

SK Sg. Penchala, Kuala Lumpur

Satu Program yang bagus untuk memberi pendedahan kepada murid berkenaan kelas kibod yang selalunya diadakan di luar. Secara tidak langsung, menanam minat dalam kalangan murid dan membantu pertumbuhan koordinasi murid dan pembelajaran dua hala.

Cikgu YM Raja Nadiah

SK Sg Penchala, Kuala Lumpur

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yamaha Music kerana bermurah hati untuk memberi peluang kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk menjalankan program keyboard secara percuma. Walaubagaimanapun, program ini adalah unik dibandingkan dengan kelas muzik berbayar kerana ia berkonsepkan ‘Music is Fun’. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada seluruh warga sekolah di Malaysia.

Cikgu Musa Bin Mohd Walid

SK Taman Dato’ Harun 1, Selangor

Setiap murid ada kecenderungan bakat tertentu. Berjaya kenali murid bermakna berjaya mengenali jenis bakatnya dan menggilap bakat menjadi cabaran seterusnya. Pokok kejayaan murid berpunca daripada disiplin yang tinggi. Melalui pembelajaran muzik, elemen disiplin dapat diterapkan. Maka gabungan bakat dan disiplin akan membawa murid meraih kejayaan demi kejayaan. Yamaha Music mengambil pendekatan ini dan diucapkan terima kasih. Murid terus berdisiplin walau Covid-19 melanda negara.

Cikgu Norma Binti Shukor

SK Taman Seri Gombak 2, Selangor

Saya rasa bersyukur kerana sekolah terpilih untuk program ini di mana guru dan murid diberi peluang untuk mendapat pendedahan program kibod secara percuma. Secara tidak langsung medan ini dapat mencungkil bakat sedia ada murid disamping memberi manfaat lain seperti suasana pembelajaran yang menyeronokkan, meningkatkan disiplin, kreativiti dan membantu perkembangan pertumbuhan murid dari pelbagai aspek kemenjadian murid.

Cikgu Fatin Amirah Binti Ismail

SK Taman Seri Gombak 2, Selangor

Program Music Time Keyboard sangat membantu perkembangan muzik anak-anak murid di sekolah. Murid sangat teruja apabila dapat mempelajari kibod. Sambutan kelas kibod sangat menggalakkan dari murid di sekolah. Terima kasih Yamaha Music.

Cikgu Mohamad Shahizan

SK Pandan Perdana , Selangor

Program yang menjadi tarikan untuk ibubapa menghantar anak mereka ke kelas dan dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran moto halus, komunikasi, lebih berkeyakinan diri dan berbakat. Malah penglibatan pelajar juga akan meningkat dalam aktiviti ko-kurikulum seperti ini.

Cikgu Mohd Abaidi Bin Mohd Noh

Ko- Kurikulum SK Pandan Perdana , Selangor

Program ini bermanfaat untuk pelajar sekolah kerana tidak semua sekolah berpeluang belajar dan merupakan satu program yang unik serta bakat pelajar dapat berkembang dengan bermain alat muzik yang lain dan pelbagai

Cikgu Nisa

SK Seri Permai, Penang

Program ini dapat mencungkil bakat murid-murid dan memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kibod di sekolah. Ini disebabkan tidak semua pelajar mendapat peluang percuma seperti program ini. Selain itu, pelajar juga dapat melepaskan stress apabila bermain keyboard bersama kawan-kawan di sekolah.

Pn. Rogayah Mohamad

Jabatan Pendidikan Melaka (Unit Pembangunan Bakat Murid)

Program ini sangat bagus untuk mencungkil bakat murid dari tahap 1 dan 2. Pihak Yamaha Music juga telah memberi kibod untuk sekolah-sekolah melakukan aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan dan memberi bimbingan kepada guru-guru. Dari segi pengadilan markah, pengiraan sangat adil kerana hakim terdiri daripada pelbagai pihak.

Cikgu Nick Walch Walton

SK Bukit Kalam, Labuan

Program Music Time ini sememangnya memberikan keseronokan kepada murid dalam aktiviti muzikal dan mencungkil bakat mereka dalam muzik khususnya kibod. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yamaha kerana memberi peluang ini kepada murid dan guru untuk melaksanakan program ini di sekolah. Sememangnya program ini banyak memberi impak yang positif dan dapat mengharumkan nama sekolah dalam bidang muzik.

Cikgu Valerie Sinti

SK Koporingan Tuaran, Sabah

Program muzik yang sangat menarik untuk diketengahkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah terutama bagi mereka yang tidak berpeluang untuk belajar di luar sekolah kerana berbayar. Program yang dikendalikan secara percuma dan melibatkan perkembangan kreatif pelajar, daya estetika, nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyian. Terima kasih kepada pihak Yamaha yang telah membuka peluang kepada guru-guru muzik di Sabah untuk berkongsi pengalaman muzik dan juga pelajaran kibod seperti di luar.